Saturday, December 6, 2008

Aidiladha dan....

hari ni dah 7 disember bersamaan dengan 9 zulhijjah...ini bermaksud seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut aidiladha pada esok hari...dalam mengenang pengorbanan nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya sendiri untuk membuktikan ketaatan dan ketakwaannya kepada Allah s.w.t...so salam aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutamanya rakyat bumi bertuah MALAYSIA...hehehe...aku tahun ni tak balik beraya aidiladha tahun ni kat Sabah...maklum sajalah student mana la ada income yang banyak untuk menampung perbelanjaan kapal terbang pergi dan balik...ari tu pon raya aidilfitri da balik...tak nak la menyusahkan mak bapak kan...lagi tiga minggu semester baru dah nak mula...so raya sini jer lah...

sebenarnya aku baru balik dari menjalankan diri kat bandaraya JB...aku bosan duk kat rumah so aku plan la jalan sorang2 kat JB lagipon aku nak cari majalah and bahan bacaan pasal senibina...so time cuti ni boleh la aku come out sket2 design bangunan yang akan aku akan buat untuk sem depan...so tak membazir kan??hehehe...lagipon boring la dok rumah tak buat pape...

so aku nak cerita la sket perjalanan aku tadi...aku naik bas dari pekan Masai ke JB waktu nak pegi tu takdelah plak benda pelik yang aku dapat tengok...melainkan dalam perjalanan bas tu ramai mat bangla daripada warganegara Malaysia yang duduk kat dalam bas tu...mungkin diorang nak pegi shopping cuti-cuti ni kan...stop jer bas tu mat bangla naik...stop jer mat bangla naik...sesekali jer aku nengok ada orang Melayu dan amoi cantik(lagu hujan..hehehe) yang naik bas tu...aku pasang radio and nikmati perjalanan ke JB...adala dalam dekat sejam aku sampai ke JB...sampai kat belakang City Square kebanyakan penumpang nak turun kat tengah-tengah jalan raya sebab kat depan tu ada lampu isyarat yang sedang merah(sape selalu naik bas ke JB tu tau la) so pemandu bas tu pon bukak pintu maka berduyun-duyunlah penumpang turun dari bas...ingatkan aku pon nak turun kat situ gak sebab da dekat kan tapi pikir punya pikir turun kat depan CS(City Square) jer lah...

so bas tu pon gerak la dalam 200 meter jer dari tempat penumpang turun tadi...memandangkan ada banyak bas yang tengah parking kat tepi jalan tu maka bas yang aku naik tadi pon turunkan penumpang agak jauh sedikit dari tempat yang selalunya atau yang sepatutnya...perghhh belom pon aku turun dari bas tu aku dapat tengok ramai giler orang yang tengah dok lepak kat kaki lima laluan pejalan kaki tu...aku pikir ala besalah tu esok nak raya so ari ni shopping and lepak la last minit...

tup tup...pas aku turun dari bas tu barulah aku perasan orang yang tengah dok lepak kat kaki lima tu mat mat bangla, vietnam dan yang seangkatan dengannya...fuh aku rasa da macam kat Bangladesh plak bila aku lalu di kalangan kelompok tu rasa macam kat Vietnam pon ada...huh...ah lantak la...aku redah jer...kebetulan kat tengah-tengah jalan kaki lima tu ada la sebuah pondok polis...pondok polis tu pun da macam kena kepung oleh kelompok tadi...diorang macam tak hormat ngan anggota polis kat situ...lebih-lebih lagi undang-undang negara ni...so aku jalan jer di tengah-tengah kumpulan tadi...mungkin tu dah jadi salah satu budaya di Malaysia sejak Syarikat-syarikat di Malaysia ni lebih mengutamakan penggunaan pekerja asing daripada pekerja Malaysia...jadi aku teringat kata lecturer aku 'as an architecture students you must be able to accept the culture and try to understand it' waktu tu aku tengah krit design...

dari aku turun bas tadi mata aku tidak lekang dengan kelompok mat Bangla dan ntah dari mana lagi ntah Indon, Filipina, Vietnam, Myanmar ah lantak la kat area-area CS tu...sampai kat jejambat pun diorang lepak orang nak lalu pun susah...aku rasa macam da pegi melancong ke luar negara plak walaupun pada hakikatnya aku masih lagi berada di JB...huhu...ntah la macamana aku dapat tau diorang ni bukan rakyat Malaysia...mungkin common sense aku kot yang aku lihat dari segi cara berpakaian mereka yang lain daripada rakyat Malaysia berpakaian...hahaha...aku tak kisah pun lagi pun tu budaya mereka kan...

tapi ada la jugak yang mampu membuatkan aku tersenyum kambing sket tentang cara berpakaian mereka ni kira lucu la bagi aku...ada la sorang mamat ni gaya sume memang rockers la dengan style rambut yang ntah style rock apa aku pun tak tau baju dia merah seluar hitam pakai subang lagi...mamat ni aku tengok dari belakang coz time tu dia tengah dok sembang ngan member dia...lagak dari belakng memang rock la...aku pon da caya la dia ni rock...satu kali dia punya member datang dari belakang dan menyapanya...dia pon pusing dan membuatkan aku dapat tengok mamat ni dari belakang...nak tergelak pon ada time tu bila ku tengok baju mamat tu...dan aku pasti mamat tu orang myanmar ataupun vietnam...dari paras rupa...nak tau gambar apa yang ada kat depan baju mamat tu...gambar SYAKIRA diulangi SYAKIRA ala minah yang nyanyi lagu hips dont lie....hahahaha....bukan la nak mengejek tapi mungkin aku tak biasa tengok senario macam ni...pastu ada la yang pakai baju gambar wrestler...heh...

pastu aku pon masuk la kat dalam CS cari buku...aku naik ke tingkat 2 masuk MPH bookstore...masa aku nak naik tu aku ternampak la satu pameran buku kat bawah atrium CS tu.macam pameran besar jer siap dengan diskaun sampai 70%...so aku rasa nak pegi la...da terlanjur kat atas eskelator ni aku gi MPH dulu usha-usha...lepas tu aku turun ke pameran tu nak tengok buku apa yang ada kat situ...aku keluar dari MPH tanpa membeli apa-apa...aku ingat mungkin kat bawah tu adala buku yang berkaitan aku dapat cari...sampai jer kat bawah aku cari la pintu masuk ke dalam pameran tu...aku bingung sebab kata pameran tapi buat satu jer pintu masuk kecik plak tu...area selain dari pintu masuk tu dipagari dengan patisyen...ni pameran ke apa...pelik-pelik...banner punyalah besar tapi macam tak nak bagi orang masuk jer siap ada pengawal kat pintu masuk...ntah la POPULAR (yang anjurkan pameran)book store ni...masa aku gerak di sekeliling tapak pameran tu aku terpandang satu pelan yang ditampal kat patisyen pameran yang macam menarik...so aku usha...rupa-rupanya itu pelan yang menunjukkan bahagian-bahagian buku kat dalam tapak pameran tu...macam bengang pun ada kalau aku tau tak payah aku turun dari MPH tadi semata-mata nak pegi pameran ni...kat dalam pelan tu tulis ada empat bahagian pameran bukukat dalam tapak tu...tiga daripada bahagian ditulis "chinese books" dan satu lagi "english books" dah tu dari plan tu jelas bahagian english books tu kecil daripada bahagian chinese books tu...aku mana la pandai baca buku cina...tapi aku usha gak bahagian buku enlish tu tapi dari luar tapak pameran tu...sekali tengok takde plak buku yang aku nak caruk...so aku naik ke MPH semula...

belek punya belek akhirnya aku beli beberapa buah buku kat MPH tu...pas tu aku nak balik...aku naik bas lagi...turun jer aku dari jejambat kat MPH tu ada sebuah bas nak pegi ke Masai so aku naik...da agak-agak bas tu dah penuh pemandu tu pun memulakan perjalanan...tak sampai rasanya 4 km bas tu gerak dah bas tu rosak plak...nasib-nasib...so pemandu bas suh tunggu jap bas lain lalu yang sama destinasi...so adala bas lalu and aku naik terpaksa plak berdiri sebab bas ni dah penuh...so berhimpit-himpit gak la dalam bas tu...sekali lagi aku merasakan menaiki bas yang berada di negara bangladesh, Myanmar atau Vietnam...ye la da ramai warga asing kat dalam bas tu...masa dalam perjalanan tu plak ada lagi satu insiden yang aku rasa warga asing di negara ni da tak hormat negara tempat diorang cari rezeki ni...ada la dua kumpulan warga asing yang duk berhimpit himpit kat bahagian depan bas tu...pas tu aku dengar ada suara pekikan dari depan macam nak bergaduh plak...siap tarik-tarik leher lagi...pas tu yang satu kumpulan ni turun dengan muka bengis dan tak puas hati ngan mamat sorang nih...salah sorang group yang turun tu ambih batu...yang agak besar la...nak baling ke arah mamat tadi...siap pekik-pekik lagi...weh hormatlah negara orang...dan aku dengar mamat yang nak kena baling tu rasa macam salah sorang group yang turun awal tadi nak cilok handphone mamat tu...tapi kantoi...so berlakulah pertengkaran...da kantoi tu kantoi jer la...dan dari loghat percakapan mamat-mamat tak sedar diri yang turun awal tadi aku yakin mereka warga asing berasal dari filipina...aku tau sebab kat Sabah banyak golongan tak sedar diri macam ni...macam orang yang tak bertamadun...bukan aku nak blame smua warga filipina ni...aku ada kawan gak dari bangsa ni...diorang ni ada gak yang baik...tapi rata-rata yang aku jumpa semua satu spesis yang orang pandang pon tak bleh...macam barbarian...

aku cakap macam tu sebab aku da banyak kali jumpa orang macam ni...salah satu yang berlaku time cuti...masa tu cuti tengah semester...ehh...cuti raya tahun ni la...aku keluar la ke bandar cari souvenir untuk workbasemate and roomate aku...masa tu aku jalan kat area-area kg.air dan segama kat kk...tiba2 jer leher baju aku ditarik oleh dua orang lelaki...sah memang diorang ni pemeras ugut......yang herannya kat depan aku kena tarik baju dan diterik tu ada sorang penguatkuasa majlis perbandaran dia tengok tapi buat selamba jer siap bole senyum-senyum lagi...bangang ke apa...tapi aku dapat lari...aku jalan jer dengan selamba...diorang kejar gak...pastu diorang ni sebenarnya nak cakap sesuatu...tapi aku tak nak layan and aku masuk sebuah kedai hardware diorang ikut gak...aku kata aku tak nak...tapi aku terpaksa ikut gak...sebab memang diorang tak takut apa pun...dalam hati apa nak jadi nanti aku lawan la balik...aku dibawa ke bahagian belakang kedai hardware tu...pastu tiba tiba aku kena sepam kat perut baju kena tarik...aku pun apa lagi melawan la tapi aku tak lepaskan penumbuk...kira macam meronta jer la...aku rasa aku da kena tarik kaw-kaw oleh dua orang mamat tu aku bagi sorang sepam penumbuk sorang kat perut sorang kat muka...pas diorang terlepas baju aku apa lagi aku cabut la lari sekuat hati selamatkan diri...run for my life....hehehe...tapi cuak gak time tu...aku terus naik bas balik tanpa membelikan souvenir untuk kawan2 aku...aku tak sempat nak beli sebab lusa da nak balik kampus...hehe....

so pihak berkuasa ambiklah tindakan yang sewajarnya...selamat menyambut aidiladha...wassalam

Thursday, November 27, 2008

the first time

assalamualaikum...urm ape ek???urmm apa aku nak taip ni...inilah bait-bait perkataan yang bermain di dalam pemikiran aku sewaktu mengambil keputusan nak post blog kat dalam ni...ntah aku pon blur...sebab ni kali pertama aku nak post sesuatu dalam blog ni...tapi bercakap pasal pertama kali ni, sebenarnya ini bukanlah pertama kali aku kiranya menjejakkan kaki dalam laman blog ni...sebelum ni aku da ada beberapa laman blog tapi tak pernah nak post apa-apa...nak bukak laman blog lama tu pon aku da lupa...

'the first time' kalau korang terbaca tajuk tu...nak tergelak gak aku bila mengambil keputusan nak tulis tajuk tu...tapi itulah yang dapat aku pikirkan masa nak tulis tajuk tu...>>>>balik-balik yang terpikirkan...hahahahaha itulah aku...da memang sifat aku kot nak buat sesuatu baru la nak pikir nak buat apa sepatutnya...tapi ada satu benda yang aku akan pikir dulu sebelum nak buat...>>>pegi beli barang atau dalam bahasa omputihnya shopping...ha bab ni memang aku akan pikir dulu apa yang nak dibeli sebelum pegi shopping atau ntah apaapa la...selalunya aku akan listkan dulu dalam kepala otak aku ni barang apa yang nak dibeli sebelum gerak>>>gerak khas...hehehe...da tu sampai jer kat kedai yang telah dikenalpasti drag benda yang telah dilistkan, bayar n blah...macam tu la...tu kalau aku jalan sorang-sorang...lain plak kalau aku jalan ngan member ke kawan ke awek ke...upssss....aku automatik akan jadik sorang yang terwindow shopping...hahahaha...ntahla...mungkin best kot jalan ngan member atau kawan-kawan...tapi ada kala aku lebih prefer jalan sorang-sorang sebabnya aku tak terkongkong nak buat sesuatu nak pegi situ aku pegi nak pegi sana aku pegi...tu yang best tu...pastu dapat menikmati perjalanan dengan fokus...ntah la da memang sifat aku kot suka tengok benda-benda di sekeliling...mungkin da macam ni la kot sifat seorang bakal arkitek....ccceeeehhhh...apa aku melalut ni...hehe sori

lagi cakap pasal 'the first time'...aku sebenarnya nak cakap pasal topik ni jer dalam first time aku memblogkan diri...ntah macam mana aku boleh melalut kat atas tu...pada pendapat anda semua...cehhhh(macam cikgu) apa yang korang akan pikirkan(pikirkan lagi) bila cakap pasal the first time???first time masuk skolah??matrik???universiti???dapat balak atau awek??haaah lu piker la sendiri...sebenarnya bagi aku la semua yang kita lalui dalam hidup ni semuanya akan ada yang dikatakan pertama kali atau first time...kan kan...bila cakap pasal first time ni bagi aku akan dikaitkan dengan pengalaman atau experience...pengalaman ni penting dalam membawa kita ke suatu tahap yang dikatakan matang atau dewasa...n bila ada first time mungkin ada second time, third time fourth time or ada yang kadang kala kata this is the first and the last time...maknanya sekali jer la...apa apa pun hidup mesti terus apa, kan kan...aku da takde apa nak tulis ari ni...sebenarnya aku stress sangat ari ni walaupun da masuk seminggu cuti semester...mungkin itulah yang mendorong aku menulis dalam blog ni for THE FIRST TIME...insyaAllah pas ni ada yang the 2nd, 3rd and so on(menaip dalam blog ni)...assalamualaikum...