Sunday, July 12, 2009

sem baru

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semester baru itulah tajuk post aku hari ni...
takde idea nak tulis apa...
huhuhu...

urm apa nak cakap eh pasal semester baru...
ape-ape lah

cakap senang la kan sekarang ni aku da masuk tahun 4 semester ketujuh...rasa macam baru jer aku menjalani orientasi masuk universiti nih...

tapi macam yang member-member selalu cakap bila da masuk tahun 4 nio dah kira besar da tua da, da kira senior dah sebabnye cuma ada satu batch jer lagi kat atas kitorang...program lima tahun la katakan...

semester nih aku dan rakan-rakan seperjuangan akan didedahkan dengan merekabentuk bangunan tinggi 'highrise' tak tahu lagi cmane nanti...

highrise bukan cam semester-semester lepas...sebabnye baru masuk jer pensyarah-pensyarah yang incharge dalam program ni menyatakan expectation yang tinggi...ye lah kebanyakan mereka adalah arkitek profesional yang mempunyai kerjaya di luar dan mengajar secara part time kat UTM nih...

ntahla tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk mengharungi sem dengan penuh bersungguh-sungguh...hahahaha...ayat skema tol la...

assalamualaikum

Monday, June 29, 2009

perginya seorang superstar terhebat

assalamualaikum...

huh rasanya dah lama giler tak bukak blog aku nih...hehe...tak silap la ada la jgak dalam 4 bulan lebih...bukan busy atau apa...tapi sebab malas...tu lah dia lsikap masyarakat kita kan...hehe bukan semua la...ada lasegelintir kan cam aku ni...

alhamdulillah aku baru jer abis menjalani praktikal aku untuk part 1 dalam perjalanan untuk menggapai segulung ijazah dalam senibina...baru jer abis 26 mei lalu...

tapi hari tu jugakla dunia dikejutkan dengan pemergian seorang superstar yang terhebat...aku yang dalam perasaan gembira dan kira happy happy gitu siap kol member2 yang tak abih lg praktikal yang aku akan habis praktikal hari ni...

pagi tu memang aku masuk ofis dengan gumbira...walaupun aku sampai awal kat ofis tapi aku tak bukak radio so aku tak tau pasal berita tu...selalunya bukak la radio yang dikendalikan fara ngan faizal tu...kat dalam ofis memang bos ada sediakan radio untuk mengelakkan bahagian tu daripada bosan dan boring...sampai lah peon ofis yang gila-gila (tapi dia bukan gila hehe) tu datang...time dia suruh la bukak radio dan lagu Michael Jackson bekumandang jadi aku kuatkan la volume tu nak feeling lagu dia coz da lama tak dengar...tup-tup si kumba' (peon tu la) bagi tau yang superstar yang aku kagumi ni dah meninggal dunia....aku diam......rasa cam tak percaya siap bole kata ngan peon ni ko biar betol aku yang da masuk las day ni pon ko nak tipu...dia diam...

aku layan la lagu tu sampai habis...bila lagu tu habis baru la semuanya jelas bila dejay fara ngan faizal bagitau yang diorang buat rancangan tributr to Michael Jackson berikutan pemergiannya pada hari tu...aku betul-betul macam tak percaya...coz dia salah seorang penyanyi superstar yang paling aku kagumi...walaupun dia dilanda dengan banyak kontroversi dan saman-manyaman penyanyi kaya tu...aku tak peduli dan tak percaya kalu betul pon tu semua kehidupan peribadi beliau...yang aku tau dia serang performer yang paling best dan aku pasti pas ni takde lagi penyanyi yang mempunyai karakter sepertinya...semua peminat dia pasti akan sentiasa mengingatinya dan merindui persembahannya terutama MOONWALK beliau...huh memang best...

jadi hari tu memang macam tak kena...rasa tak percaya tu masih menebal...aku rasa cam nak pegi kedai cd carik semua cd Michael Jackson...tapi aku tau mesti susah nak cari...aku da lama cari album beliau tapi susah sangat nak jumpa...tu yang...tak yah cakap la...yang aku kagum ngan MJ nih dia takde nak bangga diri atau bermega-megah dengan kedudukan dia...bukan nak kata apa la...dia memang tak pernah nak riak sombong ke malah seorang yang dermawan...aku ada dengar yang dia pernah jualkan rumahnya untuk didermakan kepada anak yatim...pastu sebelum pemergiannya, dia memang ada merancang nak buat concert amal pada bulan 7 ni tapi sayangnya hajatnya tak kesampaian...

bagi aku, siapa yang tak kenal bila sebut nama Michael Jackson atau 'Jacko' dengan lagu pop dan lagu yang berbentuk kemanusiaan MJ adalah seorang legend setaraf dengan Elvis Presley...dengan perjalanan dan pembinaan empayarnya yang telah mengubah dunia persembahan nyanyian dunia...assalamualaikum

Friday, February 13, 2009

14 februari...patut ke kita....

Assalamualaikum…terdetik dalam hati ni nak post satu benda hari nih…ari ni 13 ari bulan dua tahun 2009…maksudnya esok hehehe sambutan valentine…heh

Upssss jap jap jap…jangan salah sangka…sebenarnya aku tak tau pun bila orang yang tengah berkasih-kasihan ni sambut hari tu….Cuma tadi aku balik dari masjid pas sembahyang Jumaat tadi ambik la risalah kat masjid tu dan salah satu perkara yang diperkatakan ialah tentang sambutan hari tu lah risalah tu pun telah dibuang oleh pekerja basuh pinggan kat kafe tadi…dia selamber jer ronyokkan risalah tu dan buang...dia ingat tu kertas apa...huhuhu...yang menyeru umat Islam supaya mengelakkan diri daripada menyambutnya…

Memang kita sebagai umat Islam wajib untuk tidak menyabutnya…harap-harap yang kat luar tu yang tengah hangat bercita janganlah sekali-kali berasa bangga apabila menyambutnya…wajib untuk dilupakan…

Aku pon pelik kenapa ramai umat Islam yang menyambutnya??best sangat ke valentine ni…kebanyakan kita lebih mengingati hari tu daripada hari hari kebesaran Islam seperti Isra’ Mikhraj, awal Muharam dan sebagainya...janganlah jahil sangat…
Sebenranya hari valentine ada sejarahnya dan ada banyak versi…dan salah satu daripadanya ialah…valentine ni disambut pada masa dahulu untuk memperingati seorang paderi kristian di rom yang dihukum bunuh kerana telah mengahwinkan pasangan muda yang pada masa tersebut lelaki muda dikerah untuk menjadi askar…kiranya dia telah mengahwinkan cinta terlarang la gamaknya…nama paderi tu tak silap saint valentine…so ada unsur-unsur percintaan la kononnya kat situ…

Haa lagi satu hari ni juga disambut oleh ntah masyarakat mana tah untuk meraikan kemenangan empayar rom kalau tak silap menjatuhkan empayar Islam Uthmaniah suatu masa dahulu…patut ke kita menyambut hari di mana hari sebuah empayar Islam dijatuhkan…fikir la…

So untuk apa kita sebagai umat Islam nak menyambutnya…banyak cara kita boleh menyampaikan rasa kasih kita kepada pasangan kita dan bukan hari 14 februari jer hari-hari pun boleh…dan yang paling penting kasih kepada pencipta kita…
Janganlah kita terpedaya dengan semua unsur-unsur barat yang dalam jangka masa yang panjang akan meruntuhkan akidah kita sebagai umat Islam…kepada muda mudi kat luar tu kajilah dulu rasional perayaan tu nak disambut jangan orang nak sambut kita pun join sekaki…kang tak pasal-pasal jadi….tak nak cakaplah…

Hari tu jugalah ramai muda mudi kat luar tu keluar untuk berkasih-kasihan dan berjemaah melakukan maksiat…dan ramai jugalah gais-gadis yang hanyut kehilangan dara atau maruah diri…yang lelaki tu plak hilang teruna…walaupun depa ni tak kawin lagi…dengan adanya perasaan yang tak takut dengan dosa dan dimangkinkan pula oleh hasutan para syaitan durjana maka habislah…yang pompuan tu bila perut dah memboyot baru nak ingat dunia…padan muka…

Lagi satu nak sentuh ngan media kat Malaysia nih…bukan nak kata apa la kan…kita ni kan Negara Islam tapi buat iklan kat TV tu suruh orang sambut valentine nih…apekejadah semua nih…kat Malaysia nih ramai orang Islam dan sudah tentu tengok TV…dan iklan kat TV tu secara tidak langsung mendorong diorang nih sambut valentine…bagi yang bukan muslim tu biarlah diorang sambut…diorang ada penertian sendiri nak sambut…yang kita sibuk-sibuk nak sambut gak tu pehal…ok la sekian terima kasih…wassalam

Saturday, February 7, 2009

Negaraku Malaysia

PANAS PANAS PANAS memang panas kat JB ni da lama tak hujan jadi keadaan menjadi lebih panas dan penyakit-penyakit seperti sakit tekak, demam pening kepala dan sebagainya pon makin menular...ye la cuca panas kan...maka makin ramai la yang akan mengunjungi klinik-klinik dan hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan...aku pon tak terlepas gak, di kala menulis posting ni tekak pon rasa tak selesa dan badan letih dan pening-pening...huhuhu

namun cerita yang lebih panas di Malaysia sekarang ni tak lain dan tak bukan iaitu senario politik di Perak yang menyaksikan pertukaran kepimpinan...hehehe sebenarnya aku tak la pandai sangat nak cerita pasal politik tapi bahangnya tetap terasa bilamana pakcik pakcik yang duk sembang kat kedai kopi dan kedai-kedai mamak bercerita pasal politik...maka banyak versilah pendapat yang keluar ada yang kata bagus ada kata tak bagus patut dan tak patut dan macam-macam lagilah...heh

tapi bagi aku semua tu tak penting...bagi aku semua tu memang akan ada dalam politik kat mana-mana pun...

dan topik yang aku nak cakap sini sedikit sebanyak ada sangkut-paut dengan senario politik dan kepimpinan kat Malaysia...dan ianya ialah wawasan 2020...

wawasan 2020 telah diumumkan oleh perdana menteri Malaysia sebelum ni iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad...dfan bagi aku ianya sesuatu yang baguslah kan...sebab ianya memacu Malaysia ke suatu tahap yang tinggi iaitu mencapai matlamat sebagai negara maju...dan sudah tentu ianya bergantung kepada kepimpinan pemimpin di Malaysia...

Wawasan 2020...dulu aku masih ingat lagi masa kat sekolah rendah dulu kalau cakap pasal wawasan 2020 aku membayangkan Malaysia ni dilengkapi dengan teknologi yang canggih kereta boleh terbang banyak robot yang membantu manusia dan banyak lagilah yang canggih-canggih dibayangkan...begitu juga ada suatu masa tu aku ikut pertandingan melukis dan tajuknya ialah wawasan 2020 lah...apa lagi aku dengan bangganya lukislah robot kapal terbang canggih bangunan yang tinggi-tinggi dan banyaklah yang canggih-canggih...

dan bila aku meningkat dewasa ni aku mula berfikir boleh ke kita nak mencapai tahap negara maju...dan maju tu pula dari segi apa???banyak bangunan yang tinggi??teknologi canggih??atau kita perlu menekankan kemajuan dari aspek kerohanian dalam diri masyarakat Malaysia??

sekarang dah tahun 2009 dan maksudnya kita ada lebih kurang 11 tahun lagi dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut...tapi boleh ke kita mencapai tu semua...bagi aku 11 tahun bukanlah suatu masa yang panjang dan semua pihak perlu memainkan peranan yang paling maksimum dalam membantu mencapai matlamat ini...

dan bagi aku semua tu memang tidak mustahil tapi sangat susah untuk dicapai...dan apa yang sangat penting untuk dilaksanakan ialah mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia ni...seperti kata beberapa orang pemimpin di Malaysia ni tentang minda kelas pertama...bagi aku aspek inilah yang sangat penting...dan usaha ini sepatutnya dilakukan sejak pengumuman wawasan 2020 nih...sebabnya, dari pembangunan aspek inilah masyarakat Malaysia akan berfikir tentang pentingnya ilmu dan pembangunan sudah semestinya memerlukan ilmu...

letihlah pulak....nantilah sambung...wassalam

Tuesday, January 27, 2009

masa lalu kini dan masa hadapan...

Hehe...ntah kenapa aku tiba -tiba terfikir nak menulis tentang tajuk ni...mungkin disababkan terasa diri ini semakin tua...(ye ke tua hehe)tak la tua sangat...kadang-kadang diri in terfikir apa akan berlaku pada masa kini jika aku tidak melakukan, melalui, dan merasakan perkara-perkara masa lalu...apa akn jadi dengan aku...kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh pada masa lalu mungkin sekarang aku yang akan digelar sebagai angkasawan negara yang pertama atau kalaulah aku tidak mengambil berat tentang pelajaranku pada masa lalu mungkin aku tidak akan menjejakkan kaki ke menara gading pada masa kini...

aku ingat lagi masa aku baru masuk sekolah, darjah satu, soalan yang popular untuk ditanyakan guru kepada murid ialah, apa cita-cita kamu bila besar nanti??ada yang jawab nak jadi askar nak lawan komunis, ada nak jadi polis sebab nak tangkap orang jahat, ada yang nak jadi cikgu dan banyak lagilah cita-cita yang murni...dan aku...apabila cikgu tanya je aku akan jawab aku nak jadi doktor sebab boleh rawat orang sakit terutamanya mak bapa bila mereka sakit...hehe tinggi cita-cita tu...

dan semakin meningkat dewasa aku seakan mengenali diri aku dan apabila cikgu bertanyakan apa cita-cita aku, aku akan jawab SAYA NAK JADI ARKITEK!! mungkin disebabkan naluri dan kecenderungan aku yang suka melukis dan buat lakaran...dan waktu sekolah rendah dulu aku selalu diajak cikgu mengikuti pertandingan melukis dan mewarna walaupu seingat aku dalam banyak-banyak petandingan tu aku hanya pernah menang sekali pertandingan maksudnya dapat hadiah la...itupun di tempat ke sembilan daripada keseluruhan 10 tempat pemenang utama...dan mungkin disebabkan itulah mungkin aku bercita-cita untuk menjadi seorang pereka bangunan yang banyak melibatkan imaginasi dan kreativiti...terima kasih kepada cikgu yang banyak mempengaruhi aku...Cikgu Zainarsa Hj Nawab, Cikgu Rosnani, Cikgu Raini, Cikgu Yahya(cikgu disiplin hehe dengan dia ni aku cuak sikit) Ustaz Zaini, Cikgu Tumirah Cikgu Kasbullah, dan banyak lagilah dah lupa...aku ingat lagi masa aku dalam darjah 6 aku ada buat komik sendiri bersama-sama dengan kawan-kawan dalam kelas (kelas 6 jujur Sekolah Kebangsaan Petagas) nama komik tu RAIHAN singkatan bagi nama kartunis komik tu la pada masa tu...R tu aku la Rusydi, A (Afiz Asmat) sekarang kat Sabah Lagi kerja, I (Ishak atau lebih dikenali dengan Esah)dah lost contact, H tu aku dah lupa siapa A (Abu Hassan) dan N (Nizar Mardan) sekarang kat UPM...hehe banyak la kitorang lukis dalam komik tu...

apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang, sekurang-kurangnya aku dah mencapai separuh daripada cita-cita dalam hidupku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti...dan setidak-tidaknya aku membuatkan ibu dan bapaku berasa bangga apabila ada juga anak mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ku menara gading yang menjadi harapan kebanyakan ibu dan bapa di dunia ni...mustahil bagiku untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan itu juga adalah mustahil bagi manusia untuk tahu perkara masa hadapan kita hanya mampu meramal, merancang dan semuanya bergantung kepada qada' dan qadar Allah...

mak dan bapaku selalu berpesan kita tidak ada harta yang banyak, hanya ilmu dan pengetahuan yang akan dapat menjamin kehidupan kita di masa akan datang...aku selalu ingat itu...kalau dulu aku selalu dimarah, dipukul...sebabnya aku nakal dan adalah benda yang membuatkan mak bapaku marah ngan aku...kalau dulu penggantung baju batang penyapu ngan rotan tu dah biasa la hinggap kat kaki atau punggung aku...kalau dulu aku menangis atau kadang-kadang terasa marah jugak kenapa aku dipukul dengan teruk, kenapa aku dimarah...itulah yang aku akan fikirkan bila aku dimarah...tapi sekarang aku berfikir balik...kalaulah aku tak mengalami semua benda tu mungkin aku tidak akan jadi diri aku sekarang, dan mungkin juga aku tidak akan habis sekolah atau mungkin juga...banyak lagilah kemungkinan...

adakalanya aku berasa sangat beruntung sebab aku banyak dirotan dimarah dulu, sebabnya, kalaulah dulu aku dimanjakan sangat, aku tak yakin aku dapat peluang belajar sampai sekarang...ma dan bapa pula memang memberikan sokongan...kalau nak beli buke ke atau kelengkapan sekolah (nak minta duit la tu) tak pernah nak kata tak boleh, mungkin disebabkan itu jugalah aku merasakan tanggungjawab untuk belajar tu adalah wajib!!mesti!!...diorang cakap tanggungjawab kami adik beradik belajar dan tanggungjawab diorang menyekolahkan kami dan akan berusaha untuk memberikan kelengkapan yang sebaiknya untuk kami...

Alhamdulillah sekarang ni aku rasa separuh daripada cita-cita aku dah tercapai dan tinggal lagi aku nak membahagiakan mak dan bapa di masa akan datang...walaupun tidak sebagai seorang jutawan sekurang-kurangnya aku boleh membanggakan mereka bila aku habis belajar dan apabila orang bertanya tentang anaknya mereka boleh menjawab yang ada juga anak mereka yang bergelar seorang graduan universiti...seorang adik aku belajar di politeknik dalam jurusan akauntan dan seorang lagi di uitm Sabah...dan itu juga membuatkan aku bangga kepada emak dan bapaku...WASSALAM

Monday, January 26, 2009

hidup ini...

memetik kata-kata pujangga...cheeehhh...hehe,semakin banyak yang kita tau dalam dunia ni semakin kita akan rasa yang banyak nbenda lagi yang kita tak tau dalam alm ciptaan tuhan ni...aku rasa kata-kata ni betul la...sebab aku kira da buat analisis la pasal ni...camana aku buat???apa lagi aku buat ngan diri aku sendiri la...hehehe

kenapa aku rasa begitu...???sebab perasaan aku kot atau mungkin itulah lumrah manusia dalam dunia ni sentiasa nak cari benda baru dalam hidup dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki...bagi aku still ada pro dan kontra dalam hal ni...

bagi aku kata-kat pujangga tu ada yang betul...sebab semakin kita meningkat dewasa semakin kita akan berfikir tentang sebab dan musabab terjadinya sesuatu benda atau perkara...camana nak bagi contoh eh??? ala korang pikir la sendiri...

Sunday, January 25, 2009

skema sikit...pasal construction...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pertama-tama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru cina lah kepada semua masyarakat TiongHwa<<<
so hari ni ntah kenapa tiba-tiba terlintas plak di fikiran aku ni nak menulis pasal aktiviti pembinaan di Malaysia...ada apa dengan senario pembinaan di Malaysia???kalau korang perasan la kat Malaysia ni kebanyakan bangunan diperbuat daripada bahan apa...kalau orang yang kurang tau dia akan cakap simen jer atau buat daripada batu bata...tapi betul la apa yang dijawab tu kalau itu adalah jawapan lah...hehe, sebenarnya kebanyakan bangunan di Malaysia ni diperbuat daripada kedua-dua bahan tersebut...senang cerita kedua-dua bahn ni memang pentinglah dalam pembinaan bangunan di Malaysia ni...

tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah perkaitan antara penggunaan pekerja asing yang melambak-lambak kat Malaysia ni dengan kaedah pembinaan dan rekabentuk bangunan ka Malaysia...apa kaitannya??? ala anda semua mesti dapat agak punyalah kalau cakap pasal pembinaan mesti terbayang pekerja asing kan...

pernah dengar pasal prefabricated design construction???atau precast construction???atau modular system???kaedah ni merupakan kaedah pembinaan yang popular digunakan dalam sektor pembinaan di luar negara...kaedah ni senang, murah, tak guna ramai pekerja...segala sistem dalam bangunan temasuk kerangka, skin bangunan, lantai dan yang sama waktu dengannya dihasilkan di kilang...tinggal lagi kat tapak bangunan pasang pile...pastu sebua komponen bangunan boleh dipasang dengan senang hati...hehehe tak perlu formwork lagi...

yang ni aku tak pastilah sebab aku tak belajar lagi pasal nak survey kos pembinaan sesebuah bangunan...tapi dari info yang aku dapat kos untuk pembinaan sesebuah bangunan daripada konkrit dan batu bata adalah lebih mahal jika nak dibandingkan dengan bangunan yang macam aku cakap tadi menggunakan sistem pembinaan prefabricated...

sebab apa???kita boleh fikirlah kan sistem yang menggunakan in situ construction system sudah tentu akan menggunakan ramai pekerja dan apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pemaju dan kontraktor ialah mengambil tenaga kerja asing yang dikatakan lebih murah...kalau nak gunakan tenaga kerja tempatan mungkin agak mahal lagipun berapa ramai anak-anak tempatan yang sanggup untuk bekerja keras membanting tulang di tapak-tapak pembinaan...so peluang pekerjaan anak tempatan terjejas...

lagi kalau menggunakan sistem yang sedia ada ni(in-situ) sudah tentu akan memakan masa yang lama sebab bayangkan nak tunggu struktur konkrit nak kering kat tapak pembinaan tu berapa lama...ada strukktur konkrit yang memerlukan masa sehingga 3 minggu sebelu ianya betul-betul kring dan pembinaan seterusnya dapat diteruska...sebab itulah pembinaan di Malaysia ni ada yang mengambol masa bertahu-tahun untuk direalisasikan...siap la tu maksudnya...

cuba bayangkan kalau di Malaysia ni, kaedah yang popular digunakn ialah prefabricated system???masa yang diperlukan untuk pembinaan akan menjadi singkat...aku ada ingat lagi seokrang pensyarah aku yang mengajar pasal konkrit ngan batu bata...satu hari tu dia pergilah kursus kat luar negara ntah kat mane tah...dia lalu di sebatang jalan dan terpandang satu tapak pembinaan kat tepi jaln tersebut...takde yang menghairankan pasal pembinaan tu cuma masa tu bangunan tu dah naik dalam setingkat...seminggu lepas tu dia dah abis kursus dia balik lalu lagi jalan tu...dia terkejut lah tengok bangunan yang senminggu lalu hanya dalam setingkat sekarang dah jadi 6 tingkat...dan bangunan tu menggunakan prefabricated construction system bayangkan perbezaan dengan Malaysia dengan nak ambil masa bertahu-tahun nak siap...

bila masa yang diambil untuk pembinaan meningkat kos pembinaan pun akan meningkat...dengan pekerja asing lagi yang membawa keluar matawang negara kita keluar negara, rasanya budak darjah 5 pun tau ini akan merugikan negara...

Ari tu aku ada terdengarlah yang CIDB Malaysia<<