Sunday, July 12, 2009

sem baru

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semester baru itulah tajuk post aku hari ni...
takde idea nak tulis apa...
huhuhu...

urm apa nak cakap eh pasal semester baru...
ape-ape lah

cakap senang la kan sekarang ni aku da masuk tahun 4 semester ketujuh...rasa macam baru jer aku menjalani orientasi masuk universiti nih...

tapi macam yang member-member selalu cakap bila da masuk tahun 4 nio dah kira besar da tua da, da kira senior dah sebabnye cuma ada satu batch jer lagi kat atas kitorang...program lima tahun la katakan...

semester nih aku dan rakan-rakan seperjuangan akan didedahkan dengan merekabentuk bangunan tinggi 'highrise' tak tahu lagi cmane nanti...

highrise bukan cam semester-semester lepas...sebabnye baru masuk jer pensyarah-pensyarah yang incharge dalam program ni menyatakan expectation yang tinggi...ye lah kebanyakan mereka adalah arkitek profesional yang mempunyai kerjaya di luar dan mengajar secara part time kat UTM nih...

ntahla tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk mengharungi sem dengan penuh bersungguh-sungguh...hahahaha...ayat skema tol la...

assalamualaikum

Monday, June 29, 2009

perginya seorang superstar terhebat

assalamualaikum...

huh rasanya dah lama giler tak bukak blog aku nih...hehe...tak silap la ada la jgak dalam 4 bulan lebih...bukan busy atau apa...tapi sebab malas...tu lah dia lsikap masyarakat kita kan...hehe bukan semua la...ada lasegelintir kan cam aku ni...

alhamdulillah aku baru jer abis menjalani praktikal aku untuk part 1 dalam perjalanan untuk menggapai segulung ijazah dalam senibina...baru jer abis 26 mei lalu...

tapi hari tu jugakla dunia dikejutkan dengan pemergian seorang superstar yang terhebat...aku yang dalam perasaan gembira dan kira happy happy gitu siap kol member2 yang tak abih lg praktikal yang aku akan habis praktikal hari ni...

pagi tu memang aku masuk ofis dengan gumbira...walaupun aku sampai awal kat ofis tapi aku tak bukak radio so aku tak tau pasal berita tu...selalunya bukak la radio yang dikendalikan fara ngan faizal tu...kat dalam ofis memang bos ada sediakan radio untuk mengelakkan bahagian tu daripada bosan dan boring...sampai lah peon ofis yang gila-gila (tapi dia bukan gila hehe) tu datang...time dia suruh la bukak radio dan lagu Michael Jackson bekumandang jadi aku kuatkan la volume tu nak feeling lagu dia coz da lama tak dengar...tup-tup si kumba' (peon tu la) bagi tau yang superstar yang aku kagumi ni dah meninggal dunia....aku diam......rasa cam tak percaya siap bole kata ngan peon ni ko biar betol aku yang da masuk las day ni pon ko nak tipu...dia diam...

aku layan la lagu tu sampai habis...bila lagu tu habis baru la semuanya jelas bila dejay fara ngan faizal bagitau yang diorang buat rancangan tributr to Michael Jackson berikutan pemergiannya pada hari tu...aku betul-betul macam tak percaya...coz dia salah seorang penyanyi superstar yang paling aku kagumi...walaupun dia dilanda dengan banyak kontroversi dan saman-manyaman penyanyi kaya tu...aku tak peduli dan tak percaya kalu betul pon tu semua kehidupan peribadi beliau...yang aku tau dia serang performer yang paling best dan aku pasti pas ni takde lagi penyanyi yang mempunyai karakter sepertinya...semua peminat dia pasti akan sentiasa mengingatinya dan merindui persembahannya terutama MOONWALK beliau...huh memang best...

jadi hari tu memang macam tak kena...rasa tak percaya tu masih menebal...aku rasa cam nak pegi kedai cd carik semua cd Michael Jackson...tapi aku tau mesti susah nak cari...aku da lama cari album beliau tapi susah sangat nak jumpa...tu yang...tak yah cakap la...yang aku kagum ngan MJ nih dia takde nak bangga diri atau bermega-megah dengan kedudukan dia...bukan nak kata apa la...dia memang tak pernah nak riak sombong ke malah seorang yang dermawan...aku ada dengar yang dia pernah jualkan rumahnya untuk didermakan kepada anak yatim...pastu sebelum pemergiannya, dia memang ada merancang nak buat concert amal pada bulan 7 ni tapi sayangnya hajatnya tak kesampaian...

bagi aku, siapa yang tak kenal bila sebut nama Michael Jackson atau 'Jacko' dengan lagu pop dan lagu yang berbentuk kemanusiaan MJ adalah seorang legend setaraf dengan Elvis Presley...dengan perjalanan dan pembinaan empayarnya yang telah mengubah dunia persembahan nyanyian dunia...assalamualaikum

Friday, February 13, 2009

14 februari...patut ke kita....

Assalamualaikum…terdetik dalam hati ni nak post satu benda hari nih…ari ni 13 ari bulan dua tahun 2009…maksudnya esok hehehe sambutan valentine…heh

Upssss jap jap jap…jangan salah sangka…sebenarnya aku tak tau pun bila orang yang tengah berkasih-kasihan ni sambut hari tu….Cuma tadi aku balik dari masjid pas sembahyang Jumaat tadi ambik la risalah kat masjid tu dan salah satu perkara yang diperkatakan ialah tentang sambutan hari tu lah risalah tu pun telah dibuang oleh pekerja basuh pinggan kat kafe tadi…dia selamber jer ronyokkan risalah tu dan buang...dia ingat tu kertas apa...huhuhu...yang menyeru umat Islam supaya mengelakkan diri daripada menyambutnya…

Memang kita sebagai umat Islam wajib untuk tidak menyabutnya…harap-harap yang kat luar tu yang tengah hangat bercita janganlah sekali-kali berasa bangga apabila menyambutnya…wajib untuk dilupakan…

Aku pon pelik kenapa ramai umat Islam yang menyambutnya??best sangat ke valentine ni…kebanyakan kita lebih mengingati hari tu daripada hari hari kebesaran Islam seperti Isra’ Mikhraj, awal Muharam dan sebagainya...janganlah jahil sangat…
Sebenranya hari valentine ada sejarahnya dan ada banyak versi…dan salah satu daripadanya ialah…valentine ni disambut pada masa dahulu untuk memperingati seorang paderi kristian di rom yang dihukum bunuh kerana telah mengahwinkan pasangan muda yang pada masa tersebut lelaki muda dikerah untuk menjadi askar…kiranya dia telah mengahwinkan cinta terlarang la gamaknya…nama paderi tu tak silap saint valentine…so ada unsur-unsur percintaan la kononnya kat situ…

Haa lagi satu hari ni juga disambut oleh ntah masyarakat mana tah untuk meraikan kemenangan empayar rom kalau tak silap menjatuhkan empayar Islam Uthmaniah suatu masa dahulu…patut ke kita menyambut hari di mana hari sebuah empayar Islam dijatuhkan…fikir la…

So untuk apa kita sebagai umat Islam nak menyambutnya…banyak cara kita boleh menyampaikan rasa kasih kita kepada pasangan kita dan bukan hari 14 februari jer hari-hari pun boleh…dan yang paling penting kasih kepada pencipta kita…
Janganlah kita terpedaya dengan semua unsur-unsur barat yang dalam jangka masa yang panjang akan meruntuhkan akidah kita sebagai umat Islam…kepada muda mudi kat luar tu kajilah dulu rasional perayaan tu nak disambut jangan orang nak sambut kita pun join sekaki…kang tak pasal-pasal jadi….tak nak cakaplah…

Hari tu jugalah ramai muda mudi kat luar tu keluar untuk berkasih-kasihan dan berjemaah melakukan maksiat…dan ramai jugalah gais-gadis yang hanyut kehilangan dara atau maruah diri…yang lelaki tu plak hilang teruna…walaupun depa ni tak kawin lagi…dengan adanya perasaan yang tak takut dengan dosa dan dimangkinkan pula oleh hasutan para syaitan durjana maka habislah…yang pompuan tu bila perut dah memboyot baru nak ingat dunia…padan muka…

Lagi satu nak sentuh ngan media kat Malaysia nih…bukan nak kata apa la kan…kita ni kan Negara Islam tapi buat iklan kat TV tu suruh orang sambut valentine nih…apekejadah semua nih…kat Malaysia nih ramai orang Islam dan sudah tentu tengok TV…dan iklan kat TV tu secara tidak langsung mendorong diorang nih sambut valentine…bagi yang bukan muslim tu biarlah diorang sambut…diorang ada penertian sendiri nak sambut…yang kita sibuk-sibuk nak sambut gak tu pehal…ok la sekian terima kasih…wassalam

Saturday, February 7, 2009

Negaraku Malaysia

PANAS PANAS PANAS memang panas kat JB ni da lama tak hujan jadi keadaan menjadi lebih panas dan penyakit-penyakit seperti sakit tekak, demam pening kepala dan sebagainya pon makin menular...ye la cuca panas kan...maka makin ramai la yang akan mengunjungi klinik-klinik dan hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan...aku pon tak terlepas gak, di kala menulis posting ni tekak pon rasa tak selesa dan badan letih dan pening-pening...huhuhu

namun cerita yang lebih panas di Malaysia sekarang ni tak lain dan tak bukan iaitu senario politik di Perak yang menyaksikan pertukaran kepimpinan...hehehe sebenarnya aku tak la pandai sangat nak cerita pasal politik tapi bahangnya tetap terasa bilamana pakcik pakcik yang duk sembang kat kedai kopi dan kedai-kedai mamak bercerita pasal politik...maka banyak versilah pendapat yang keluar ada yang kata bagus ada kata tak bagus patut dan tak patut dan macam-macam lagilah...heh

tapi bagi aku semua tu tak penting...bagi aku semua tu memang akan ada dalam politik kat mana-mana pun...

dan topik yang aku nak cakap sini sedikit sebanyak ada sangkut-paut dengan senario politik dan kepimpinan kat Malaysia...dan ianya ialah wawasan 2020...

wawasan 2020 telah diumumkan oleh perdana menteri Malaysia sebelum ni iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad...dfan bagi aku ianya sesuatu yang baguslah kan...sebab ianya memacu Malaysia ke suatu tahap yang tinggi iaitu mencapai matlamat sebagai negara maju...dan sudah tentu ianya bergantung kepada kepimpinan pemimpin di Malaysia...

Wawasan 2020...dulu aku masih ingat lagi masa kat sekolah rendah dulu kalau cakap pasal wawasan 2020 aku membayangkan Malaysia ni dilengkapi dengan teknologi yang canggih kereta boleh terbang banyak robot yang membantu manusia dan banyak lagilah yang canggih-canggih dibayangkan...begitu juga ada suatu masa tu aku ikut pertandingan melukis dan tajuknya ialah wawasan 2020 lah...apa lagi aku dengan bangganya lukislah robot kapal terbang canggih bangunan yang tinggi-tinggi dan banyaklah yang canggih-canggih...

dan bila aku meningkat dewasa ni aku mula berfikir boleh ke kita nak mencapai tahap negara maju...dan maju tu pula dari segi apa???banyak bangunan yang tinggi??teknologi canggih??atau kita perlu menekankan kemajuan dari aspek kerohanian dalam diri masyarakat Malaysia??

sekarang dah tahun 2009 dan maksudnya kita ada lebih kurang 11 tahun lagi dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut...tapi boleh ke kita mencapai tu semua...bagi aku 11 tahun bukanlah suatu masa yang panjang dan semua pihak perlu memainkan peranan yang paling maksimum dalam membantu mencapai matlamat ini...

dan bagi aku semua tu memang tidak mustahil tapi sangat susah untuk dicapai...dan apa yang sangat penting untuk dilaksanakan ialah mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia ni...seperti kata beberapa orang pemimpin di Malaysia ni tentang minda kelas pertama...bagi aku aspek inilah yang sangat penting...dan usaha ini sepatutnya dilakukan sejak pengumuman wawasan 2020 nih...sebabnya, dari pembangunan aspek inilah masyarakat Malaysia akan berfikir tentang pentingnya ilmu dan pembangunan sudah semestinya memerlukan ilmu...

letihlah pulak....nantilah sambung...wassalam

Tuesday, January 27, 2009

masa lalu kini dan masa hadapan...

Hehe...ntah kenapa aku tiba -tiba terfikir nak menulis tentang tajuk ni...mungkin disababkan terasa diri ini semakin tua...(ye ke tua hehe)tak la tua sangat...kadang-kadang diri in terfikir apa akan berlaku pada masa kini jika aku tidak melakukan, melalui, dan merasakan perkara-perkara masa lalu...apa akn jadi dengan aku...kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh pada masa lalu mungkin sekarang aku yang akan digelar sebagai angkasawan negara yang pertama atau kalaulah aku tidak mengambil berat tentang pelajaranku pada masa lalu mungkin aku tidak akan menjejakkan kaki ke menara gading pada masa kini...

aku ingat lagi masa aku baru masuk sekolah, darjah satu, soalan yang popular untuk ditanyakan guru kepada murid ialah, apa cita-cita kamu bila besar nanti??ada yang jawab nak jadi askar nak lawan komunis, ada nak jadi polis sebab nak tangkap orang jahat, ada yang nak jadi cikgu dan banyak lagilah cita-cita yang murni...dan aku...apabila cikgu tanya je aku akan jawab aku nak jadi doktor sebab boleh rawat orang sakit terutamanya mak bapa bila mereka sakit...hehe tinggi cita-cita tu...

dan semakin meningkat dewasa aku seakan mengenali diri aku dan apabila cikgu bertanyakan apa cita-cita aku, aku akan jawab SAYA NAK JADI ARKITEK!! mungkin disebabkan naluri dan kecenderungan aku yang suka melukis dan buat lakaran...dan waktu sekolah rendah dulu aku selalu diajak cikgu mengikuti pertandingan melukis dan mewarna walaupu seingat aku dalam banyak-banyak petandingan tu aku hanya pernah menang sekali pertandingan maksudnya dapat hadiah la...itupun di tempat ke sembilan daripada keseluruhan 10 tempat pemenang utama...dan mungkin disebabkan itulah mungkin aku bercita-cita untuk menjadi seorang pereka bangunan yang banyak melibatkan imaginasi dan kreativiti...terima kasih kepada cikgu yang banyak mempengaruhi aku...Cikgu Zainarsa Hj Nawab, Cikgu Rosnani, Cikgu Raini, Cikgu Yahya(cikgu disiplin hehe dengan dia ni aku cuak sikit) Ustaz Zaini, Cikgu Tumirah Cikgu Kasbullah, dan banyak lagilah dah lupa...aku ingat lagi masa aku dalam darjah 6 aku ada buat komik sendiri bersama-sama dengan kawan-kawan dalam kelas (kelas 6 jujur Sekolah Kebangsaan Petagas) nama komik tu RAIHAN singkatan bagi nama kartunis komik tu la pada masa tu...R tu aku la Rusydi, A (Afiz Asmat) sekarang kat Sabah Lagi kerja, I (Ishak atau lebih dikenali dengan Esah)dah lost contact, H tu aku dah lupa siapa A (Abu Hassan) dan N (Nizar Mardan) sekarang kat UPM...hehe banyak la kitorang lukis dalam komik tu...

apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang, sekurang-kurangnya aku dah mencapai separuh daripada cita-cita dalam hidupku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti...dan setidak-tidaknya aku membuatkan ibu dan bapaku berasa bangga apabila ada juga anak mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ku menara gading yang menjadi harapan kebanyakan ibu dan bapa di dunia ni...mustahil bagiku untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan itu juga adalah mustahil bagi manusia untuk tahu perkara masa hadapan kita hanya mampu meramal, merancang dan semuanya bergantung kepada qada' dan qadar Allah...

mak dan bapaku selalu berpesan kita tidak ada harta yang banyak, hanya ilmu dan pengetahuan yang akan dapat menjamin kehidupan kita di masa akan datang...aku selalu ingat itu...kalau dulu aku selalu dimarah, dipukul...sebabnya aku nakal dan adalah benda yang membuatkan mak bapaku marah ngan aku...kalau dulu penggantung baju batang penyapu ngan rotan tu dah biasa la hinggap kat kaki atau punggung aku...kalau dulu aku menangis atau kadang-kadang terasa marah jugak kenapa aku dipukul dengan teruk, kenapa aku dimarah...itulah yang aku akan fikirkan bila aku dimarah...tapi sekarang aku berfikir balik...kalaulah aku tak mengalami semua benda tu mungkin aku tidak akan jadi diri aku sekarang, dan mungkin juga aku tidak akan habis sekolah atau mungkin juga...banyak lagilah kemungkinan...

adakalanya aku berasa sangat beruntung sebab aku banyak dirotan dimarah dulu, sebabnya, kalaulah dulu aku dimanjakan sangat, aku tak yakin aku dapat peluang belajar sampai sekarang...ma dan bapa pula memang memberikan sokongan...kalau nak beli buke ke atau kelengkapan sekolah (nak minta duit la tu) tak pernah nak kata tak boleh, mungkin disebabkan itu jugalah aku merasakan tanggungjawab untuk belajar tu adalah wajib!!mesti!!...diorang cakap tanggungjawab kami adik beradik belajar dan tanggungjawab diorang menyekolahkan kami dan akan berusaha untuk memberikan kelengkapan yang sebaiknya untuk kami...

Alhamdulillah sekarang ni aku rasa separuh daripada cita-cita aku dah tercapai dan tinggal lagi aku nak membahagiakan mak dan bapa di masa akan datang...walaupun tidak sebagai seorang jutawan sekurang-kurangnya aku boleh membanggakan mereka bila aku habis belajar dan apabila orang bertanya tentang anaknya mereka boleh menjawab yang ada juga anak mereka yang bergelar seorang graduan universiti...seorang adik aku belajar di politeknik dalam jurusan akauntan dan seorang lagi di uitm Sabah...dan itu juga membuatkan aku bangga kepada emak dan bapaku...WASSALAM

Monday, January 26, 2009

hidup ini...

memetik kata-kata pujangga...cheeehhh...hehe,semakin banyak yang kita tau dalam dunia ni semakin kita akan rasa yang banyak nbenda lagi yang kita tak tau dalam alm ciptaan tuhan ni...aku rasa kata-kata ni betul la...sebab aku kira da buat analisis la pasal ni...camana aku buat???apa lagi aku buat ngan diri aku sendiri la...hehehe

kenapa aku rasa begitu...???sebab perasaan aku kot atau mungkin itulah lumrah manusia dalam dunia ni sentiasa nak cari benda baru dalam hidup dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki...bagi aku still ada pro dan kontra dalam hal ni...

bagi aku kata-kat pujangga tu ada yang betul...sebab semakin kita meningkat dewasa semakin kita akan berfikir tentang sebab dan musabab terjadinya sesuatu benda atau perkara...camana nak bagi contoh eh??? ala korang pikir la sendiri...

Sunday, January 25, 2009

skema sikit...pasal construction...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pertama-tama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru cina lah kepada semua masyarakat TiongHwa<<<
so hari ni ntah kenapa tiba-tiba terlintas plak di fikiran aku ni nak menulis pasal aktiviti pembinaan di Malaysia...ada apa dengan senario pembinaan di Malaysia???kalau korang perasan la kat Malaysia ni kebanyakan bangunan diperbuat daripada bahan apa...kalau orang yang kurang tau dia akan cakap simen jer atau buat daripada batu bata...tapi betul la apa yang dijawab tu kalau itu adalah jawapan lah...hehe, sebenarnya kebanyakan bangunan di Malaysia ni diperbuat daripada kedua-dua bahan tersebut...senang cerita kedua-dua bahn ni memang pentinglah dalam pembinaan bangunan di Malaysia ni...

tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah perkaitan antara penggunaan pekerja asing yang melambak-lambak kat Malaysia ni dengan kaedah pembinaan dan rekabentuk bangunan ka Malaysia...apa kaitannya??? ala anda semua mesti dapat agak punyalah kalau cakap pasal pembinaan mesti terbayang pekerja asing kan...

pernah dengar pasal prefabricated design construction???atau precast construction???atau modular system???kaedah ni merupakan kaedah pembinaan yang popular digunakan dalam sektor pembinaan di luar negara...kaedah ni senang, murah, tak guna ramai pekerja...segala sistem dalam bangunan temasuk kerangka, skin bangunan, lantai dan yang sama waktu dengannya dihasilkan di kilang...tinggal lagi kat tapak bangunan pasang pile...pastu sebua komponen bangunan boleh dipasang dengan senang hati...hehehe tak perlu formwork lagi...

yang ni aku tak pastilah sebab aku tak belajar lagi pasal nak survey kos pembinaan sesebuah bangunan...tapi dari info yang aku dapat kos untuk pembinaan sesebuah bangunan daripada konkrit dan batu bata adalah lebih mahal jika nak dibandingkan dengan bangunan yang macam aku cakap tadi menggunakan sistem pembinaan prefabricated...

sebab apa???kita boleh fikirlah kan sistem yang menggunakan in situ construction system sudah tentu akan menggunakan ramai pekerja dan apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pemaju dan kontraktor ialah mengambil tenaga kerja asing yang dikatakan lebih murah...kalau nak gunakan tenaga kerja tempatan mungkin agak mahal lagipun berapa ramai anak-anak tempatan yang sanggup untuk bekerja keras membanting tulang di tapak-tapak pembinaan...so peluang pekerjaan anak tempatan terjejas...

lagi kalau menggunakan sistem yang sedia ada ni(in-situ) sudah tentu akan memakan masa yang lama sebab bayangkan nak tunggu struktur konkrit nak kering kat tapak pembinaan tu berapa lama...ada strukktur konkrit yang memerlukan masa sehingga 3 minggu sebelu ianya betul-betul kring dan pembinaan seterusnya dapat diteruska...sebab itulah pembinaan di Malaysia ni ada yang mengambol masa bertahu-tahun untuk direalisasikan...siap la tu maksudnya...

cuba bayangkan kalau di Malaysia ni, kaedah yang popular digunakn ialah prefabricated system???masa yang diperlukan untuk pembinaan akan menjadi singkat...aku ada ingat lagi seokrang pensyarah aku yang mengajar pasal konkrit ngan batu bata...satu hari tu dia pergilah kursus kat luar negara ntah kat mane tah...dia lalu di sebatang jalan dan terpandang satu tapak pembinaan kat tepi jaln tersebut...takde yang menghairankan pasal pembinaan tu cuma masa tu bangunan tu dah naik dalam setingkat...seminggu lepas tu dia dah abis kursus dia balik lalu lagi jalan tu...dia terkejut lah tengok bangunan yang senminggu lalu hanya dalam setingkat sekarang dah jadi 6 tingkat...dan bangunan tu menggunakan prefabricated construction system bayangkan perbezaan dengan Malaysia dengan nak ambil masa bertahu-tahun nak siap...

bila masa yang diambil untuk pembinaan meningkat kos pembinaan pun akan meningkat...dengan pekerja asing lagi yang membawa keluar matawang negara kita keluar negara, rasanya budak darjah 5 pun tau ini akan merugikan negara...

Ari tu aku ada terdengarlah yang CIDB Malaysia<<

Saturday, January 24, 2009

sukan no.1 di Malaysia...dan masa depannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...heh macam kat sekolah plak...teringat masa masih kat bangku sekilah dulu...rindu la plak nak pakai pakaian seragam sekolah...hehe...tak tau nak tulis apa kat post kali ni...tak bleh tido la da minum tongkat ali dengan melantak megi tadi...hahaha...

yesss...team bola sepak aku menang tadi...Manchester United menang ke atas Spurs dengan jaringan 2-1...tq la kat Scholes ngan Berbatov...walaupun ketinggalan satu gol pada mulanya tapi berakhir ngan kemenangan...glory glory MU!!! pas ni Liverpool ketinggalan ngan tiga mata kat belakang hahahaha...

dah tinggalkan pasal bola sepak luar negara...ni aku nak cakap sket la pasal bola sepak kat Malaysia...apa cer??? ari tu dah kalah kena belasah ngan UAE bukan sikit...kena 5-0...huhu...ari tu aku ada la tengok rancangan talk show si Ally Iskandar tu kat tv3...tajuk talk show tu pun ALLY...tajuk yang diorang bincangkan ari tu pasal bola sepak Malaysia...ada pihak yang memasang angan-angan yang pasukan bola sepak Malaysia akan mara ke pusingan akhir piala dunia pada tahun 2018...huh besar impian tu!!!

aku pun sebagai peminat bola sepak memang berharap lah pasukan harimau kebangsaan kita ni boleh mencapai tahap tu...tapi persoalannya boleh ke kita????tu persoalan yang agak sukar dijawab pada masa ni dengan perestasi pasukan bola sepak Malaysia yang...ntah susahlah nak kata...kalau 2018...sekarang 2009...maknanya lagi 9 tahun lah...boleh ke kita...bukan senang nak masuk pusingan akhir world cup mewakili zon asia...ada team hebat seperti Korea Selatan, Jepun, Iran, Australia...huh...

kalau kita imbas la kan zaman-zaman Mokhtar Dahari, Santok Singh dan legend-legend sebelum ni, (walaupun masa tu aku belum lagi dilahirkan) diorang ni dulu mewakili Malaysia dengan status pemain amatur je...boleh dikatakan kalau kat Asia nih sebut jer nama Malaysia orang dah gerun dengan pasukan bola sepaknya...takat pasukan Jepun ngan Korea Selatan tu macam makan kacang jer nak belasah...bayangkan pasukan kelab Inggeris Arsenal pun kena tibai dek diorang nih...tak ke bangga rakyat Malaysia kalau perkara macam tu boleh terjadi masa nih...

tapi zaman sekarang nih...pemain dah dikatakan ditahap profesional dengan gaji yang tinggi, dengan elaun lagi, ada skim persaraan lagi...sampaikan nak turun latihan pun ada elaun diberi...kalau dulu legend-legend kita diorang kalau ada match baru ada gaji atau elaun tu pun tak seberapa...tapi perform bagus...bagi aku la, pemain dulu-dulu bukan main kerana gaji atau kerjaya, (memanglah benda-benda macam tu kena dititikberatkan jugak untuk menjaga kebajikan mereka) tapi diorang main kerana maruah bangsa dan negara...diorang dulu kalau dah dapat dipanggil untuk mewakili negara (pasukan kebangsaan), diorang tak dibayar gaji pun takpe...yang penting diorang dapat menyumbangkan bakti kepada negara...

kalau dulu, kita cuma ada liga Malaysia...sekarang ni kita dah ada Liga Super pulak...kalau dulu aku ingat dengan adanya Liga Super ni dapatlah kita menaiktaraf mutu bola sepak di negara kita, kiranya pasukan dalam kelompok Liga Super ni...agak UP la diorang punya team berbanding team yang kat Liga perdana...tapi aku tengok sama jer...takde beza pun, kalau ada perlawanan, kat stadium orang yang datang berapa kerat je...tapi tabik la pada pasukan Kedah musim lepas, main kira OK la...kita boleh tengok diorang juara banyak piala...kalau Kedah jadi tuan rumah tengok la penyokong yang datang ke stadium, dengan banner besar...meriah

rakyat Malaysia ni bukan dah jemu dengan bola sepak tempatan, contohnya Kedah penyokong ramai sebab diorang main bagus...tapi tak tau la diorang perform 'nampak' bagus adakah disebabkan ada pemain import...tapi tu belakang kiralah ada pemain import ke takde ke...bagi aku kalau cara tu boleh meningkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia apa salahnya...tu untuk kebaikan jugak kan...

Jadi, salah siapa???

adakah pengurusan FAM...sekejap pemain import dibenarkan sekejap tak dibenarkan...apa cer???kadang tak faham dengan FAM, macam hari tu perlawanan liga super antara Kelantan dengan KL PLUS macam mana pasukan KL PLUS boleh diberikan kemenangan percuma hanya disebabkan pengadil menunda perlawanan kerana hujan lebat dan perlawanan tidak boleh diteruskan...aku yakin kalau pengadil tak tunda perlawanan pasukan Kelantan tetap akan bermain walaupun dalam keadaan becak...dan aku juga yakin diorang tidak akan sekali mahu kalah tanpa berjuang...takkanlah kerana padang becak, hujan lebat akan melunturkan semangat lawan mereka...diorang pun takkan takutlah kalau baju mereka kotor dek becak untukmemburu kemenangan...

ataupun sikap pemain Malaysia sendiri...

mungkinkah kerana sikap pemain sendiri yang kurang motivasi untuk bermain dengan bersungguh-sungguh...kesungguhan tu ada tapi mungkin masih belum cukup untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi...aku tengok di Malaysia ni bukan takde pemain yang hebat...macam Zaquan, Amri Yahya, Syukor Adan diorang ni antara yang aku tengok menonjol...tapi tak tau lah kenapa...kalau dulu time aku masih dalam sekolah rendah aku kenal banyak pemain Malaysia yang main dalam liga tempatan...tengok dari jauh pun aku boleh kenal dari cara mereka bermain...tapi sekarang ni adalah dua tiga orang yang aku tau dari cara diorang main...aku lebih kenal siapa Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Didier Drogba, Theo Walcott, Arjen Robben, Ashavin, London Donovan, Zinadine Zidane (dah jadik legend) banyak lagilah...

aku rasalah faktor pemilihan pemain yang berkualiti perlu diambil berat dalam usaha kita nak mengembalikan martabat bola sepak kebangsaan...pemilihan pemain perlu dilakukan di semua peringkat dan daerah di seluruh pelusuk negara...aku tabik dengan apa yang dilakukan oleh Shebby Singh dan team realiti TV mencari pemain di seluruh negara untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap...ada yang mengatakan perkara ni semuanya mengarut dan mengatakan MyTeam yang dibentuk ni macam mi segera ada hati nak lawan pasukan kebangsaan...tapi buktinya pada musim pertama realiti TV tu pasukan KEBANGSAAN MALAYSIA dikejutkan dengan gol awal pasukan yang dikatakan mi segera ni walaupun akhirnya mereka kalah dengan jaringan gol 2-1...kalau betul la semua yang dilakukan oleh Sebby ni mengarut, sepatutnya pasukan kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk selama bertahu-tahun dan telah serasi boleh belasah teruk pasukan MyTeam...tapi hakikatnya anda tau sendiri la kan...pada musim kedua penonton yang membanjiri stadium Bukit Jalil malam tu 95% menyokong pasukan MyTeam sebab peminat yakin yang usaha macam ni diharap akan dapat mengembalikan kepercayaan mereka kepada bola sepak tempatan...tak nak cakap la apa hasil perlawanan malam tu...

dari sini kita dapat lihatlah, kalau ada usaha yang dilakukan dengan menyeluruh di semua peringkat dan dengan kesungguhan dan sokongan daripada pihak kerajaan dan mengenepikan sikap birokrasi...aku rasa kita bukan tak boleh mencapai impian kita untuk menjejakkan kaki ke pusingan akhir piala dunia sekaligus memberi kejutan kepada pasukan-pasukan hebat seperti Brazil, England, Belanda, Sepanyol dsb...

kita dah mencapai banyak kejayaan dalam beberapa sukan di dunia ni macam badminton, Datuk Lee Chong Wei, Squasy Dtuk Nicole Anne David, Boling Shalin Zulkifli, bina badan Sazali Samad dan banyak lagi...namun senario di Malaysia tetap sama, mengharapkan sukan yang paling digemari ni dapat mencapai kegemilangan sama seperti keterbilangan sukan-sukan yang telah kita capai...

apa-apa pun aku sebagai di antara jutaan peminat bola sepak di negara ini tetap akan terus menyokong usaha yang dilakukan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengembalikan maruah dan kegemilangan sukan no.1 di Malaysia ni...tidak mustahil impian 2018 tu akan terlaksana jika ada usaha dan kesedaran dalam diri semua pihak....WASSALAM :-)





Friday, January 23, 2009

ye ke berundur...BOIKOT...

assalamualaikum...urmmm... kita umat Islam seluruh dunia masih lagi bersedih atas apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin...operasi ketenteraan... upsss bukan operasi ketenteraan tu lembut sangat untuk menyatakan tentang betapa zalimnya bangsa yahudi yang bongkak dan rakus...sebenarnya ayat yang sesuai ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim zionis telah dihentikan tak tau la kenapa...apa yang pasti selepas beribu-ribu tan bom digugurkan di bumi gaza dan mengorbankan beribu nyawa umat Islam keganasan yang dilakukan oleh kaum yang dilaknat Allah nisebenarnya telah gagal dalam misi mereka yang kononnya nak menghapuskan Gerakan Hamas...kononnya dalam masa seminggu serangan mereka yakin akan berjaya menghapuskan gerakan yang menguasai Semenanjung Gaza...bajet la...ingat senang ke...

tapi yang peliknya kenapa sekarang baru nak berundur di kala presiden Amerika Syarikat yang lama si Bush tu disepak keluar dari rumah putih dan pada waktu yang sama perlantikan presiden Amerika kulit hitam yang pertama dalam sejarah negara uncle sam tu...mungkin zionis ni nak bagi penghormatan la kot kepada orang yang bakal membantu mereka lagi di masa-masa akan datang memerangi keganasan kononnyalah...padahal diorang nilah pengganas yang terulung...kalau kat UTM ni yang terbaik akan dapat A+ aku boleh bagi A+(x1000) ngan diorang ni sebagai pengganas yang paling berwibawa daam muka bumi ni...tapi aku harap sangatlah Obama ni tak macam presiden yang sebelum ni...harap dia bolehlah bawak perubahan seperti yang diwar-warkannya semasa pilihan raya pemilihan presiden...CHANGE!!!

aku teringat khutbah Jumaat tadi...memang tak lain dan tak bukan khutbah berkenaan dengan kekejaman dan kerakusan yahudi...yahudi ni memang bangsa yang BONGKAK, KERAS KEPALA, TAKBUR dan banyak lagilah sifat negatif...orang yahudi ni memang tak boleh di bawak berdamai da memang tu sifat diorang ni sejak lama dahulu...perkara ni memang dah disebut dalam Quran...antara maksud ayat tu....

orang yahudi ni tidak akan redha dengan kamu...(maksudnya kaum selain yahudi) sehingga kamu menerima ajaran agama mereka yang telah sesat...lebih kurang macam tu la...da memang takkan berubah sifat diorang ni...

pastu kempen boikot yang dianjurkan beberapa pihak termasuklah kat tempat aku belajar ni banyak kempen boikot barangan israel dan amerika syarikat...dan kempen ni aku rasa baguslah untuk umat Islam...cuba bayangkan dalam dunia ni ada 1.6 bilion umat Islam...kalau semua umat Islam bersatu boikot barangan diorang ni aku rasa boleh lingkup diorang ni...aku ada terbaca satu artikel yang antara lainnya berbunyi

dengan satu ringgit yang aku tidak gunakan untuk membeli produk diorang ni aku mungkin boleh mengurangkan sebutir peluru yang boleh digunakan untuk membunuh saudaraku di palestin...

lagi satu aku pernah dengar satu cerita mengenai nabi Ibrahim dengan seekor burung pipit...pada waktu tu api yang membara sedang membakar nabi Ibrahim dan api tu sebesar sebuah bukit...seekor pipit ni berusaha untuk cuba untuk memadamkan api tu...apa yang dapat dilakukan oleh seekor burung pipit yang besarnya tak sampai pun segenggam tapak tangan...burung pipit tu terbang dari suatu tempat ke tempat yang lain untuk mendapatkan air...air ditadahkan pada paruhnya...berulangkali pipit tu melakukan perkara yang sama...akhirnya nabi Ibrahim bertanya kenapa kamu tetap lakukan ini sedangkan kamu tahu yang api ini tidak akan padam??? lalu burung pipit itu menjawab aku melakukan ini adalah kerana aku tahu akan tanggungjawabku kepada Allah untuk membantu umatNya di muka bumi ini...walaupun aku tahu api ini tidak akan padam sekurang-kurangnya aku telah cuba sedaya upaya ku untuk membantumu....

bayangkan...so kempen boikot ni kalau dilakukan secara besar-besaran dan menyeluruh InsyaAllah akan ada hasil...memanglah kalau seorang dua je yang sokong takkan jadi la...ada pemimpin yang menyeru kepada perkara ni...termasuklah mantan perdana menteri sendiri menyarankan tindakan ni...tapi apa yang aku nampak tak dibuat dengan bersungguh-sungguh...contohnya media massa...media massa ni memainkan peranan yang sangat besar kepada kehidupan masyarakat...tapi apa yang mereka lakukan...lagi memanjangkan tempoh promosi produk Israel ngan amerika...

kalau lah diorang bagi info barangan yang perlu diboikot dan barangan alternatif aku rasa selain memberhentikan iklan produk dua negara ni aku rasa sambutan adalah lebih baik...aku pun akan cuba nak boikot barangan mereka...tak beli produk mereka yang membunuh umat Islam di Palestin...InsyaAllah....wassalam

Tuesday, January 13, 2009

Sedih

Hari ni 14 Januari 2009, 8:48 am, da nak masuk hari yang ke-19 serangan tentera kejam sedunia zionis israel ke atas Palestin…dan apa yang aku dapat perhatikan tiada tanda-tanda yang serangan akan dihentikan…apa yang dilaporkan di dada-dada akhbar hanyalah jumlah kematian umat Islam yang semakin meningkat…terutama kanak2 dan wanita yang tidak berdosa…sebenarnya aku takde masa yang panjang nak post sesuatu kat dalam blog ni, tapi memandangkan hari ni aku terbangun awal dan kelas pu mula kul 4 petang jadi ambik la kesempatan ni meluahkan apa yang aku rasa selepas serangan israel laknatullah ke atas negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam…sampai hari ni aku tengok dalam surat khabar da lebih 900 umat Islam Palestin terbunuh…dan dikatakan serangan kali ni lebih dahsyat dari serangan sebelum ni…

Sekarang ni 2/3 daripada kawasan tanah Palestin dah diambik yahudi sejak tahun 1942…yahudi ni dulu takde negara pun…bangsa merempat jer… entah macamana diorang ni boleh ambik sebahagian negara Palestin…betullah mungkin seperti yang disebutkan dalam kitab suci al-Quran…kepandaian seorang yahudi ni adalah sama dengan kepandaian 9 umat Islam…

PBB……Entahlah apa yang dilakukan PBB masa ni macam takde guna, ikut je telunjuk amerika…dari dulu lagi pertubuhan ni memang macam kalau tak kasar aku sifatkan sebagai “anjing suruhan amerika”kalau amerika cakap tak boleh memang konfem tak boleh…pastu amerika plak kalau bab nak sokong negara haram tu memang dia bagi 200%...lahi satu Negara-negara Arab kat timur tengah tu buat do no jer, tak buat apa-apa ikut telunjuk amerika…macam pengampu amerika…

Rakyat amerika sendiri pun membantah tindakan pemimpinnya menyokong negara yahudi tu…

Kalau tak silap la sampai hari ni amerika dah menggunakan 28 kali kuasa vetonya dalam tempoh 36 tahun sejak 1973 menyekat majlis keselamatan dunia untuk tidak bertindak…entahlah, serangan yang dikukukan selepas gencatan senjata yang dibuat beberapa bulan lepas macam nak lepaskan geram diorang ni terhadap Palestin yelah da lama tak membunuh, macam tu kalau syaitan…bush bangang bangang bangang bangang…

Hehehe.. pernah gak terfikir kat Malaysia ni kan banyak pawang dan to bomoh yang pandai pedajalkan orang, kenapa tak upah diorang ni bomohkan bush sekali dengan ehud olmert yang konfem masuk neraka jahanam tu…biar diorang mati cepat dan rasakan pembalasan yang tiada tolok banding dari Allah S.W.T biar padan muke diorang ni…tak abis-abis merancang nak menjatuhkan atau lebih tepat lagi memusnahkan umat Islam di dunia ni…korang tunggu jelah kebenaran pasti akan dating…ups balik kepada cerita menyantau tadi…hehehe kalau pike2 balik kalau bagi upah dioarang bomohkan penjahanam umat Islam tu…bagilah upah sejuta pun takpe…tapi berdosa ke tak wallahualam (memang berdosa pun sebab menggunakan bantuan setan gak tuh)…urm pikir punya pikir bomohkan diorang pun takkan jadik punya ye lah macam yang aku cakap tadi bomohkan orang ni perlukan bantuan setan…manalah setan akan membantu memusnahkan manusia yang membantu setan meneruskan misinya menyesatkan manusia kat dunia ni…pada aku kepala setan dan pemimpin tertinggi setan-setan sedunia ada dengan dua orang jahanam tu…memang tak boleh pun…hahahahaha…apa aku ni gelak2 sedangkan umat Islam kat Palestin tengah berjuang mempertahankan maruah Negara dan Islam…

aku harap je lah pemimpin baru amerika obama boleh cari jalan penyelesaian masalah ni…kalau tak tipu semata-matalah perubahan yang dijanjikan dalam kempen pilihanraya…tapi ura-ura yang aku dengar berkaitan isu ni kata obama pun akan terus akan menyokong negara haram tu memusnahkan Palestin…entahlah tunggu je la kan harap-harap tak la…

di Malaysia ni apa yang kita dapat lakukan ialah berdoa dan memberi bantuan kepada saudara seIslam di Palestin agar menguatkan semangat mengharungi dugaan ini…sesungguhnya kematian dalam mempertahankan Islam dijanjikan syurga…wallahualam…

nak buat kerja>>>hehehe