Friday, February 13, 2009

14 februari...patut ke kita....

Assalamualaikum…terdetik dalam hati ni nak post satu benda hari nih…ari ni 13 ari bulan dua tahun 2009…maksudnya esok hehehe sambutan valentine…heh

Upssss jap jap jap…jangan salah sangka…sebenarnya aku tak tau pun bila orang yang tengah berkasih-kasihan ni sambut hari tu….Cuma tadi aku balik dari masjid pas sembahyang Jumaat tadi ambik la risalah kat masjid tu dan salah satu perkara yang diperkatakan ialah tentang sambutan hari tu lah risalah tu pun telah dibuang oleh pekerja basuh pinggan kat kafe tadi…dia selamber jer ronyokkan risalah tu dan buang...dia ingat tu kertas apa...huhuhu...yang menyeru umat Islam supaya mengelakkan diri daripada menyambutnya…

Memang kita sebagai umat Islam wajib untuk tidak menyabutnya…harap-harap yang kat luar tu yang tengah hangat bercita janganlah sekali-kali berasa bangga apabila menyambutnya…wajib untuk dilupakan…

Aku pon pelik kenapa ramai umat Islam yang menyambutnya??best sangat ke valentine ni…kebanyakan kita lebih mengingati hari tu daripada hari hari kebesaran Islam seperti Isra’ Mikhraj, awal Muharam dan sebagainya...janganlah jahil sangat…
Sebenranya hari valentine ada sejarahnya dan ada banyak versi…dan salah satu daripadanya ialah…valentine ni disambut pada masa dahulu untuk memperingati seorang paderi kristian di rom yang dihukum bunuh kerana telah mengahwinkan pasangan muda yang pada masa tersebut lelaki muda dikerah untuk menjadi askar…kiranya dia telah mengahwinkan cinta terlarang la gamaknya…nama paderi tu tak silap saint valentine…so ada unsur-unsur percintaan la kononnya kat situ…

Haa lagi satu hari ni juga disambut oleh ntah masyarakat mana tah untuk meraikan kemenangan empayar rom kalau tak silap menjatuhkan empayar Islam Uthmaniah suatu masa dahulu…patut ke kita menyambut hari di mana hari sebuah empayar Islam dijatuhkan…fikir la…

So untuk apa kita sebagai umat Islam nak menyambutnya…banyak cara kita boleh menyampaikan rasa kasih kita kepada pasangan kita dan bukan hari 14 februari jer hari-hari pun boleh…dan yang paling penting kasih kepada pencipta kita…
Janganlah kita terpedaya dengan semua unsur-unsur barat yang dalam jangka masa yang panjang akan meruntuhkan akidah kita sebagai umat Islam…kepada muda mudi kat luar tu kajilah dulu rasional perayaan tu nak disambut jangan orang nak sambut kita pun join sekaki…kang tak pasal-pasal jadi….tak nak cakaplah…

Hari tu jugalah ramai muda mudi kat luar tu keluar untuk berkasih-kasihan dan berjemaah melakukan maksiat…dan ramai jugalah gais-gadis yang hanyut kehilangan dara atau maruah diri…yang lelaki tu plak hilang teruna…walaupun depa ni tak kawin lagi…dengan adanya perasaan yang tak takut dengan dosa dan dimangkinkan pula oleh hasutan para syaitan durjana maka habislah…yang pompuan tu bila perut dah memboyot baru nak ingat dunia…padan muka…

Lagi satu nak sentuh ngan media kat Malaysia nih…bukan nak kata apa la kan…kita ni kan Negara Islam tapi buat iklan kat TV tu suruh orang sambut valentine nih…apekejadah semua nih…kat Malaysia nih ramai orang Islam dan sudah tentu tengok TV…dan iklan kat TV tu secara tidak langsung mendorong diorang nih sambut valentine…bagi yang bukan muslim tu biarlah diorang sambut…diorang ada penertian sendiri nak sambut…yang kita sibuk-sibuk nak sambut gak tu pehal…ok la sekian terima kasih…wassalam

Saturday, February 7, 2009

Negaraku Malaysia

PANAS PANAS PANAS memang panas kat JB ni da lama tak hujan jadi keadaan menjadi lebih panas dan penyakit-penyakit seperti sakit tekak, demam pening kepala dan sebagainya pon makin menular...ye la cuca panas kan...maka makin ramai la yang akan mengunjungi klinik-klinik dan hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan...aku pon tak terlepas gak, di kala menulis posting ni tekak pon rasa tak selesa dan badan letih dan pening-pening...huhuhu

namun cerita yang lebih panas di Malaysia sekarang ni tak lain dan tak bukan iaitu senario politik di Perak yang menyaksikan pertukaran kepimpinan...hehehe sebenarnya aku tak la pandai sangat nak cerita pasal politik tapi bahangnya tetap terasa bilamana pakcik pakcik yang duk sembang kat kedai kopi dan kedai-kedai mamak bercerita pasal politik...maka banyak versilah pendapat yang keluar ada yang kata bagus ada kata tak bagus patut dan tak patut dan macam-macam lagilah...heh

tapi bagi aku semua tu tak penting...bagi aku semua tu memang akan ada dalam politik kat mana-mana pun...

dan topik yang aku nak cakap sini sedikit sebanyak ada sangkut-paut dengan senario politik dan kepimpinan kat Malaysia...dan ianya ialah wawasan 2020...

wawasan 2020 telah diumumkan oleh perdana menteri Malaysia sebelum ni iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad...dfan bagi aku ianya sesuatu yang baguslah kan...sebab ianya memacu Malaysia ke suatu tahap yang tinggi iaitu mencapai matlamat sebagai negara maju...dan sudah tentu ianya bergantung kepada kepimpinan pemimpin di Malaysia...

Wawasan 2020...dulu aku masih ingat lagi masa kat sekolah rendah dulu kalau cakap pasal wawasan 2020 aku membayangkan Malaysia ni dilengkapi dengan teknologi yang canggih kereta boleh terbang banyak robot yang membantu manusia dan banyak lagilah yang canggih-canggih dibayangkan...begitu juga ada suatu masa tu aku ikut pertandingan melukis dan tajuknya ialah wawasan 2020 lah...apa lagi aku dengan bangganya lukislah robot kapal terbang canggih bangunan yang tinggi-tinggi dan banyaklah yang canggih-canggih...

dan bila aku meningkat dewasa ni aku mula berfikir boleh ke kita nak mencapai tahap negara maju...dan maju tu pula dari segi apa???banyak bangunan yang tinggi??teknologi canggih??atau kita perlu menekankan kemajuan dari aspek kerohanian dalam diri masyarakat Malaysia??

sekarang dah tahun 2009 dan maksudnya kita ada lebih kurang 11 tahun lagi dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut...tapi boleh ke kita mencapai tu semua...bagi aku 11 tahun bukanlah suatu masa yang panjang dan semua pihak perlu memainkan peranan yang paling maksimum dalam membantu mencapai matlamat ini...

dan bagi aku semua tu memang tidak mustahil tapi sangat susah untuk dicapai...dan apa yang sangat penting untuk dilaksanakan ialah mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia ni...seperti kata beberapa orang pemimpin di Malaysia ni tentang minda kelas pertama...bagi aku aspek inilah yang sangat penting...dan usaha ini sepatutnya dilakukan sejak pengumuman wawasan 2020 nih...sebabnya, dari pembangunan aspek inilah masyarakat Malaysia akan berfikir tentang pentingnya ilmu dan pembangunan sudah semestinya memerlukan ilmu...

letihlah pulak....nantilah sambung...wassalam