Saturday, February 7, 2009

Negaraku Malaysia

PANAS PANAS PANAS memang panas kat JB ni da lama tak hujan jadi keadaan menjadi lebih panas dan penyakit-penyakit seperti sakit tekak, demam pening kepala dan sebagainya pon makin menular...ye la cuca panas kan...maka makin ramai la yang akan mengunjungi klinik-klinik dan hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan...aku pon tak terlepas gak, di kala menulis posting ni tekak pon rasa tak selesa dan badan letih dan pening-pening...huhuhu

namun cerita yang lebih panas di Malaysia sekarang ni tak lain dan tak bukan iaitu senario politik di Perak yang menyaksikan pertukaran kepimpinan...hehehe sebenarnya aku tak la pandai sangat nak cerita pasal politik tapi bahangnya tetap terasa bilamana pakcik pakcik yang duk sembang kat kedai kopi dan kedai-kedai mamak bercerita pasal politik...maka banyak versilah pendapat yang keluar ada yang kata bagus ada kata tak bagus patut dan tak patut dan macam-macam lagilah...heh

tapi bagi aku semua tu tak penting...bagi aku semua tu memang akan ada dalam politik kat mana-mana pun...

dan topik yang aku nak cakap sini sedikit sebanyak ada sangkut-paut dengan senario politik dan kepimpinan kat Malaysia...dan ianya ialah wawasan 2020...

wawasan 2020 telah diumumkan oleh perdana menteri Malaysia sebelum ni iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad...dfan bagi aku ianya sesuatu yang baguslah kan...sebab ianya memacu Malaysia ke suatu tahap yang tinggi iaitu mencapai matlamat sebagai negara maju...dan sudah tentu ianya bergantung kepada kepimpinan pemimpin di Malaysia...

Wawasan 2020...dulu aku masih ingat lagi masa kat sekolah rendah dulu kalau cakap pasal wawasan 2020 aku membayangkan Malaysia ni dilengkapi dengan teknologi yang canggih kereta boleh terbang banyak robot yang membantu manusia dan banyak lagilah yang canggih-canggih dibayangkan...begitu juga ada suatu masa tu aku ikut pertandingan melukis dan tajuknya ialah wawasan 2020 lah...apa lagi aku dengan bangganya lukislah robot kapal terbang canggih bangunan yang tinggi-tinggi dan banyaklah yang canggih-canggih...

dan bila aku meningkat dewasa ni aku mula berfikir boleh ke kita nak mencapai tahap negara maju...dan maju tu pula dari segi apa???banyak bangunan yang tinggi??teknologi canggih??atau kita perlu menekankan kemajuan dari aspek kerohanian dalam diri masyarakat Malaysia??

sekarang dah tahun 2009 dan maksudnya kita ada lebih kurang 11 tahun lagi dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut...tapi boleh ke kita mencapai tu semua...bagi aku 11 tahun bukanlah suatu masa yang panjang dan semua pihak perlu memainkan peranan yang paling maksimum dalam membantu mencapai matlamat ini...

dan bagi aku semua tu memang tidak mustahil tapi sangat susah untuk dicapai...dan apa yang sangat penting untuk dilaksanakan ialah mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia ni...seperti kata beberapa orang pemimpin di Malaysia ni tentang minda kelas pertama...bagi aku aspek inilah yang sangat penting...dan usaha ini sepatutnya dilakukan sejak pengumuman wawasan 2020 nih...sebabnya, dari pembangunan aspek inilah masyarakat Malaysia akan berfikir tentang pentingnya ilmu dan pembangunan sudah semestinya memerlukan ilmu...

letihlah pulak....nantilah sambung...wassalam

No comments: