Tuesday, January 27, 2009

masa lalu kini dan masa hadapan...

Hehe...ntah kenapa aku tiba -tiba terfikir nak menulis tentang tajuk ni...mungkin disababkan terasa diri ini semakin tua...(ye ke tua hehe)tak la tua sangat...kadang-kadang diri in terfikir apa akan berlaku pada masa kini jika aku tidak melakukan, melalui, dan merasakan perkara-perkara masa lalu...apa akn jadi dengan aku...kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh pada masa lalu mungkin sekarang aku yang akan digelar sebagai angkasawan negara yang pertama atau kalaulah aku tidak mengambil berat tentang pelajaranku pada masa lalu mungkin aku tidak akan menjejakkan kaki ke menara gading pada masa kini...

aku ingat lagi masa aku baru masuk sekolah, darjah satu, soalan yang popular untuk ditanyakan guru kepada murid ialah, apa cita-cita kamu bila besar nanti??ada yang jawab nak jadi askar nak lawan komunis, ada nak jadi polis sebab nak tangkap orang jahat, ada yang nak jadi cikgu dan banyak lagilah cita-cita yang murni...dan aku...apabila cikgu tanya je aku akan jawab aku nak jadi doktor sebab boleh rawat orang sakit terutamanya mak bapa bila mereka sakit...hehe tinggi cita-cita tu...

dan semakin meningkat dewasa aku seakan mengenali diri aku dan apabila cikgu bertanyakan apa cita-cita aku, aku akan jawab SAYA NAK JADI ARKITEK!! mungkin disebabkan naluri dan kecenderungan aku yang suka melukis dan buat lakaran...dan waktu sekolah rendah dulu aku selalu diajak cikgu mengikuti pertandingan melukis dan mewarna walaupu seingat aku dalam banyak-banyak petandingan tu aku hanya pernah menang sekali pertandingan maksudnya dapat hadiah la...itupun di tempat ke sembilan daripada keseluruhan 10 tempat pemenang utama...dan mungkin disebabkan itulah mungkin aku bercita-cita untuk menjadi seorang pereka bangunan yang banyak melibatkan imaginasi dan kreativiti...terima kasih kepada cikgu yang banyak mempengaruhi aku...Cikgu Zainarsa Hj Nawab, Cikgu Rosnani, Cikgu Raini, Cikgu Yahya(cikgu disiplin hehe dengan dia ni aku cuak sikit) Ustaz Zaini, Cikgu Tumirah Cikgu Kasbullah, dan banyak lagilah dah lupa...aku ingat lagi masa aku dalam darjah 6 aku ada buat komik sendiri bersama-sama dengan kawan-kawan dalam kelas (kelas 6 jujur Sekolah Kebangsaan Petagas) nama komik tu RAIHAN singkatan bagi nama kartunis komik tu la pada masa tu...R tu aku la Rusydi, A (Afiz Asmat) sekarang kat Sabah Lagi kerja, I (Ishak atau lebih dikenali dengan Esah)dah lost contact, H tu aku dah lupa siapa A (Abu Hassan) dan N (Nizar Mardan) sekarang kat UPM...hehe banyak la kitorang lukis dalam komik tu...

apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang, sekurang-kurangnya aku dah mencapai separuh daripada cita-cita dalam hidupku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti...dan setidak-tidaknya aku membuatkan ibu dan bapaku berasa bangga apabila ada juga anak mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ku menara gading yang menjadi harapan kebanyakan ibu dan bapa di dunia ni...mustahil bagiku untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan itu juga adalah mustahil bagi manusia untuk tahu perkara masa hadapan kita hanya mampu meramal, merancang dan semuanya bergantung kepada qada' dan qadar Allah...

mak dan bapaku selalu berpesan kita tidak ada harta yang banyak, hanya ilmu dan pengetahuan yang akan dapat menjamin kehidupan kita di masa akan datang...aku selalu ingat itu...kalau dulu aku selalu dimarah, dipukul...sebabnya aku nakal dan adalah benda yang membuatkan mak bapaku marah ngan aku...kalau dulu penggantung baju batang penyapu ngan rotan tu dah biasa la hinggap kat kaki atau punggung aku...kalau dulu aku menangis atau kadang-kadang terasa marah jugak kenapa aku dipukul dengan teruk, kenapa aku dimarah...itulah yang aku akan fikirkan bila aku dimarah...tapi sekarang aku berfikir balik...kalaulah aku tak mengalami semua benda tu mungkin aku tidak akan jadi diri aku sekarang, dan mungkin juga aku tidak akan habis sekolah atau mungkin juga...banyak lagilah kemungkinan...

adakalanya aku berasa sangat beruntung sebab aku banyak dirotan dimarah dulu, sebabnya, kalaulah dulu aku dimanjakan sangat, aku tak yakin aku dapat peluang belajar sampai sekarang...ma dan bapa pula memang memberikan sokongan...kalau nak beli buke ke atau kelengkapan sekolah (nak minta duit la tu) tak pernah nak kata tak boleh, mungkin disebabkan itu jugalah aku merasakan tanggungjawab untuk belajar tu adalah wajib!!mesti!!...diorang cakap tanggungjawab kami adik beradik belajar dan tanggungjawab diorang menyekolahkan kami dan akan berusaha untuk memberikan kelengkapan yang sebaiknya untuk kami...

Alhamdulillah sekarang ni aku rasa separuh daripada cita-cita aku dah tercapai dan tinggal lagi aku nak membahagiakan mak dan bapa di masa akan datang...walaupun tidak sebagai seorang jutawan sekurang-kurangnya aku boleh membanggakan mereka bila aku habis belajar dan apabila orang bertanya tentang anaknya mereka boleh menjawab yang ada juga anak mereka yang bergelar seorang graduan universiti...seorang adik aku belajar di politeknik dalam jurusan akauntan dan seorang lagi di uitm Sabah...dan itu juga membuatkan aku bangga kepada emak dan bapaku...WASSALAM

No comments: