Sunday, January 25, 2009

skema sikit...pasal construction...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pertama-tama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru cina lah kepada semua masyarakat TiongHwa<<<
so hari ni ntah kenapa tiba-tiba terlintas plak di fikiran aku ni nak menulis pasal aktiviti pembinaan di Malaysia...ada apa dengan senario pembinaan di Malaysia???kalau korang perasan la kat Malaysia ni kebanyakan bangunan diperbuat daripada bahan apa...kalau orang yang kurang tau dia akan cakap simen jer atau buat daripada batu bata...tapi betul la apa yang dijawab tu kalau itu adalah jawapan lah...hehe, sebenarnya kebanyakan bangunan di Malaysia ni diperbuat daripada kedua-dua bahan tersebut...senang cerita kedua-dua bahn ni memang pentinglah dalam pembinaan bangunan di Malaysia ni...

tapi apa yang aku nak cakap kat sini ialah perkaitan antara penggunaan pekerja asing yang melambak-lambak kat Malaysia ni dengan kaedah pembinaan dan rekabentuk bangunan ka Malaysia...apa kaitannya??? ala anda semua mesti dapat agak punyalah kalau cakap pasal pembinaan mesti terbayang pekerja asing kan...

pernah dengar pasal prefabricated design construction???atau precast construction???atau modular system???kaedah ni merupakan kaedah pembinaan yang popular digunakan dalam sektor pembinaan di luar negara...kaedah ni senang, murah, tak guna ramai pekerja...segala sistem dalam bangunan temasuk kerangka, skin bangunan, lantai dan yang sama waktu dengannya dihasilkan di kilang...tinggal lagi kat tapak bangunan pasang pile...pastu sebua komponen bangunan boleh dipasang dengan senang hati...hehehe tak perlu formwork lagi...

yang ni aku tak pastilah sebab aku tak belajar lagi pasal nak survey kos pembinaan sesebuah bangunan...tapi dari info yang aku dapat kos untuk pembinaan sesebuah bangunan daripada konkrit dan batu bata adalah lebih mahal jika nak dibandingkan dengan bangunan yang macam aku cakap tadi menggunakan sistem pembinaan prefabricated...

sebab apa???kita boleh fikirlah kan sistem yang menggunakan in situ construction system sudah tentu akan menggunakan ramai pekerja dan apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pemaju dan kontraktor ialah mengambil tenaga kerja asing yang dikatakan lebih murah...kalau nak gunakan tenaga kerja tempatan mungkin agak mahal lagipun berapa ramai anak-anak tempatan yang sanggup untuk bekerja keras membanting tulang di tapak-tapak pembinaan...so peluang pekerjaan anak tempatan terjejas...

lagi kalau menggunakan sistem yang sedia ada ni(in-situ) sudah tentu akan memakan masa yang lama sebab bayangkan nak tunggu struktur konkrit nak kering kat tapak pembinaan tu berapa lama...ada strukktur konkrit yang memerlukan masa sehingga 3 minggu sebelu ianya betul-betul kring dan pembinaan seterusnya dapat diteruska...sebab itulah pembinaan di Malaysia ni ada yang mengambol masa bertahu-tahun untuk direalisasikan...siap la tu maksudnya...

cuba bayangkan kalau di Malaysia ni, kaedah yang popular digunakn ialah prefabricated system???masa yang diperlukan untuk pembinaan akan menjadi singkat...aku ada ingat lagi seokrang pensyarah aku yang mengajar pasal konkrit ngan batu bata...satu hari tu dia pergilah kursus kat luar negara ntah kat mane tah...dia lalu di sebatang jalan dan terpandang satu tapak pembinaan kat tepi jaln tersebut...takde yang menghairankan pasal pembinaan tu cuma masa tu bangunan tu dah naik dalam setingkat...seminggu lepas tu dia dah abis kursus dia balik lalu lagi jalan tu...dia terkejut lah tengok bangunan yang senminggu lalu hanya dalam setingkat sekarang dah jadi 6 tingkat...dan bangunan tu menggunakan prefabricated construction system bayangkan perbezaan dengan Malaysia dengan nak ambil masa bertahu-tahun nak siap...

bila masa yang diambil untuk pembinaan meningkat kos pembinaan pun akan meningkat...dengan pekerja asing lagi yang membawa keluar matawang negara kita keluar negara, rasanya budak darjah 5 pun tau ini akan merugikan negara...

Ari tu aku ada terdengarlah yang CIDB Malaysia<<

No comments: